Mungkin ramai yang
pernah alami situasi begini.Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.
Contoh : berkawan 3
orang ,5 orang atau seangkatan dengannya.
Selalunya,persahabatan
begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’.Kawan yang rasa
‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 .Tapi lama
kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang
‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.Yang 2
orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan ,dan timbullah persoalan antara
mereka ..
Contoh :- “napa
perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita
ada wat salah ke ??”.
Antara
situasi/contoh2 rasa tersisih:-
1-Kawan yang 2 orang
tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada
sekali.(buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang
saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak
kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang
terakhir tau.
Bila situasi ini
terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak
diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini
tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.
Kadang situasi ini
berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau
ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi
lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka
sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.
Jadi,sapa2 yang
mengalami situasi begini:
Yang pertama sekali
anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah
menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka
kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut.
Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri!
Anda boleh berbincang
dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.
Mulakan dengan
perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau
kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat.
Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang
sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa
semasa berbual dan tidak berasa janggal.
Apabila keadaan telah
menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan
tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir.
Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti
bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir
dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa
seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.
Untuk menjadi sahabat
yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita
menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau
sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik
perhatian sahabat kita.
Dalam persahabatan
juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda
pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut
bercerita hal peribadi mereka sendiri.
Ada masanya kita
perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar
cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita
sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan
sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat
kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,
"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."
dan reaksi-reaksi
yang menunjukkan seperti korang tak berminat..
Tapi seeloknya dengarlah
dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau
memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada
anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini
anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan
mereka lebih rapat dengan anda.
selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat ,mencari sahabat danorang-orang yang lebih lemah daripada ini ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicariSayidinaAli bin Abi Talib



Tiada ulasan:
Catat Ulasan