untuk manusia, ALLAH tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Remember That!
Dunia Imaginasi si Kecik ... 。◕‿◕。 : Ogos 2014
“Life is like a wheel, sometimes you will be on the top, sometimes you will be at the bottom. It is not important when we become on the top or at the bottom. But the most important is syukur when success and shabar when fail.”
Lye Wafieyah. SEPT 2014

Jumaat, 29 Ogos 2014

0 Cover Cerpen Aku yang Cute-cute Belaka .

Ya Allah Lye, sape mamat ngn minah tu? Handsome, Cute Gilerr kau. Nama dia choii, kalah nama aku. Muka dia Ya Allah, kalah Wan Maimunah. (hari ni aku baik hati, dan terpaksa creditkan nama wan maimunah) ok, merujuk kepada picture di atas, itu adalah sebahagian daripada cover novel eh salah COVER CERPEN .
amacam cantik eh? cantik kan? aku terpaksa puji sendiri kau tau, dah kau tak puji gambo aku.
Well, kenapa aku letak gambar ni???? sbb aku nak kenalkan kat korang yang tidak lama lagi aku akan jadi PENULIS NOVEL . hamik kau, penulis novel tu jo . ok senyap senyap silent plis! aku akan buat cerpen aku insyaAllah cuti panjang nanti. Panjang kau 1 bulan je...
Love You Sengal
ADAM AQIL & HAIFA QAIREEN and penjahat dia ZAMALIAH HUSSIN kaw-kaw

0 HAH?! Otak Bergetar???


Kau tau, muka aku dah macam kat gambar tu. cer letak cursour kau kat gambar tu, hah mcm tu lah muka aku nak tau mengapa dan kenapa? hah, ni aku nak bagitau. '25 jam aku dok hadap lappy ni kau tau. nak tau mengapa? deh, banyak soalan pulak. hmm, aku dok hadap lappy murah ni sbb nak bina belog ni agar menjadi cantik, selamat, cergas dan sihat. (ok, tu dah merapuh namanya, so jgn layan, kau nak layan lantak kau)

oke, berbalik ke kisah aku yang ada rasa suka duka ini

aku nak bagitau satu lagi, 2 sept aku exam. aku je ke? ha, soalan tu bonus. bukan aku je, ramai bebenor. nak tau mengapa aku exam? hah, ni aku nak bagitau ni, ckp cikgu kami di sruh menghadapi exam ni kerana otak kami hampir-hampir nak jadi gila dibuatnya so, kami buat exam lah. FAHAM? aku tau kau x faham.. Actually kami menduduki atau mendirikan exam ni sebab nak buat persedian atau dari segi istilahnya ialah PERCUBAAN PT3. hah kau, percubaan tu, tapi xpe dah namaya percubaan maka Cubaan lah kata P. Ramle lah, bkn kata aku... PT3 gilerr kau??? weh PT3 weh, susah bapak hengkau... hohO, sebenarnya senang pon saya tadi buat-ii susah je... tapi PMR xde kau tau mengapa?....

dah dah dah, aku xnak merapuh panjang. so, sekian wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahhiwabarokatu!

*Huh! ringan kepala otak aku bila dah luahkan rasa kat blog.

Rabu, 27 Ogos 2014

0 Penyakit Mata Giler ???


omiegat... omiegat...
gehamnya, gehamnya.. mata aku kena penyakit yang gediik entah apa nama dia tu, jap nak pikiq dulu nama dia... hah! penyakit mata gila, yang ayat gila tu jgn percaya so, Penyakit Mata lah.. ya Allah, sakit beb mata aku. adohaii... nii semua adik punya pasal. boleh dia datang dari sekolah bawak penyakti mata dia tu, habis tu kena jangkit kat aku, lahai, kenapalah dik kau bawak penyakit mata kau tu ke rumah??? asal x tido kat sekolah je? giler kau, kakak apakah? kejam puya kakak... btw bla bla bla... doakan je semoga mata saya cepat sembuh agar ku dapat melihat Lelaki Handsome dengan cepat pantas dan selamat.
hahahahahaha. sekian :)

Sabtu, 23 Ogos 2014

0 KISAH SEDIH

saya copy kat kawan. Kalau nak baca, baca...

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.
Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.
Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.
Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.
Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.
Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.
Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.
Apa yang akan terjadi padanya kini?
Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.
Hanya tinggal 10 minit lagi.
Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?
Jawab Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya….
Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,
“Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian”
Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”
Malaikat menunjukkan mereka itu.
Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.
Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.
Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.
Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.
Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.
Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.
Apa yang disesalkan:
1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.
Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.
2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati
3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.
4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan
5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.
Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.
Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.
Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.
Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.
Ambillah iktibar dari kisah ini.
Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.
Luangkan masa bersama keluarga.
Imarahkan masjid selalu.
Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.
Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.
Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.
INI BELOG SAYA! SILA JANGAN COPY CAT CAT KUCING KUCING KERANA ANDA MUNGKIN DIDAKWA DIBAWAH AKTA 1990