untuk manusia, ALLAH tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Remember That!
Dunia Imaginasi si Kecik ... 。◕‿◕。 : September 2014
“Life is like a wheel, sometimes you will be on the top, sometimes you will be at the bottom. It is not important when we become on the top or at the bottom. But the most important is syukur when success and shabar when fail.”
Lye Wafieyah. SEPT 2014

Ahad, 28 September 2014

0 WCK -BAB 2-

Arwah atok punya mama yang tinggal di kampung. Opah. Ha, tu nama aku panggil. Umur opah dah hampir tujuh puluh. Panjang bebenor umur opah. Yang sedihnya arwah atok dulu pergi sebelum opah. Kesian kat opah. Mesti sedih kena tinggal oleh anaknya, Arwah Dato' Adam.

 Imran ketap gigi. Ada ke patut aku tunggu dia lebih dari satu jam? Memang tak patut langsung! Budak ini harus diajar. “Woii makcik sengal sewel gila, kau buat apa kat bilik tu lama-lama? Kau keluar sekarang.”

Jeritan Imran dari luar mematikan lamunan Wani. Ei tau pakcik ni, mulut tak pernahnya elok! Kaki yang terasa berat untuk melangkah itu digagahkan jua untuk melangkah. Kata orang, Kerana terpaksa aku relakan. Takpe, takpe.

Pintu dibuka. “Ape?” Rengus Wani geram.

Imran membesarkan matanya. “Ape kau cakap? Kau tau tak…”

“dah, dah. Aku tahu apa kau cakap. Sekarang, Mama papa semua mana?”

 “dah gerak tadi.” Ujar Imran yang ringkas, padat dan selamat.

 Wani menjulingkan matanya. “Dah gerak kan? So, yang pakcik menjerit melalak-lalak macam orang gila kat luar bilik aku ni pehal?”

 Terasa telinga Imran sudah keluar asap merah kat telinga.Baru saja Imran ingin membalas Wani terus bersuara.

 “Jap, dah gerak? Gerak tu ke?” Wani memandang Imran tak berkelip.

 Imran angkat kening sebelah. Dia tersengih. Dasar, minah nyanyuk!

“ha.. habis Wani nak ikut sape?”

 “kejap lagi, Mandat daripada Bentara Orang Besar Delapan Hilir Perak datang menjemput.” Ujar Imran selamba.

Wani kerut dahi. Ape tu?

“Ei kau ni makcik, sudahlah sengal, sewel lagi tu .Ikut akulah sengal.”

Terasa rahang jatuh kedasar perut. Ikut pakcik ni? Memang tak arh. “Taknak ikut…”

Imran mengganguk. “Ha eloklah tu. kau jalan kaki je…” Imran berpaling dan menuju ketingkat bawah. 

                              *******************

 “Kata tadi taknak ikut.” Enjin kereta Honda CRVnya dihidupkan.

 Wani menjeling Imran yang berada disebelahnya. “Diamlah.”

 Senyuman tipis terukir dibibir Imran."OK"

                             *******************

 "takpe ke kita biar si Wani tu tumpang kat si Imran tu? kang si Imran tu tinggalkan budak Wani tu payah nanti”

Dato’ Zahid memandang isterinya. Seketika dia tersenyum. “Takpe, awak tak payah risau. Ran tak berani punya.”

 “Abang jangan main cakap je. Anak abang si Imran tu penjahat Malaysia.”

“Ya Allah awak ni, ada ke patut cakapkan anak sendiri penjahat.” Datin Zainab menjeling suaminya. Dia kembali senyap.

                               *******************

Kereta dihadapan di potong dari belakang. Imran senyum mengejek. Apelah bawak kereta lembap macam kura-kura. Kereta dilajukan lagi

 Wani ketap gigi. “Imran Naufal!”

 Imran angkat kening. Dia memandang Wani sekilas. “Ya Allah apenya jerit-jerit ni? Aku ada kat sebelah kau ni. Aku tak pekak lagi kau tau.”

“I know that! Tapi, boleh tak bawak kereta tu perlahan sikit?” ujar Wani dengan nada rendah. Hanya Allah saja yang tahu betapa dia ingin meluku-luku lelaki disebelahnya ni. Imran terketawa.

"Oh bawak kereta perlahan ea? Assal tak bagitahu dari tadi?” Dia menegakkan badannya. Pedal kereta dipegang.

 VROMM!! Kereta semakin laju. Imran sudah ketawa namun ditahan sedaya upaya.

 “Hoii pakcik sengal! Kenapa semakin besar semakin bodoh ni? Kalau ia pun nak mati awal, janganlah nak ajak aku sekali.”

 “Ek elleh, siapa ajak kau makcik? Ya Allah perasannya minah sorang ni. Dah kau yang ikut, aku bawak jelah. So sekarang, kau senyap je. Duduk diam-diam!”

Wani Tarik nafas. Lama dia pandang Imran disebelahnya. Imran memandang sekilas kearah Wani.

"Kau tengok pehal? Kau sabar, kau jangan makan aku. Kat kampung banyak lagi makanan.”

Kau tunggu jelah pakcik, kau sabar je!

                            *******************

UWIEK!

Wani duduk berhampiran dengan sebuah rumah yang bercat berwarna coklat. Rumah opah! Imran yang berada dalam kereta telan liur. Mampus aku kena bebel nanti. Redha jelah, dah kau buat dajjal.

“Astaghafirullahalazim!!! Wani, kenapa ni?” Datin Zainab dan Datin Adibah laju menuruni tangga. Imran mengeluh. Bala dah mai…

Datin Adibah menyapu-nyapu belakang anaknya. “Ya Allah, Ran! Kau dah buat apa kat sepupu kau ni hah?”

 Imran garu-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Nak jawab apa? “Ni hah bu, mak ngah. Tadi Wani teringin sangat nak makan ayam bakar. Ran ikutkan jelah. Habis tiga piring dibuatnya. Sebab tulah muntah-muntah tu hah,” Ini semua tipu! Takpe sunat kan? Imran keluar dari perut keretanya.

Wani ketap gigi. Dasar, penipu bersiri! Dia menunduk mencari-cari sesuatu buat bahan lemparan. Seketika dia tersenyum. Kau tunggulah pakcik. Wani bangun. Dia mengambil kasut dikakinya lalu dilempar kearah Imran. Amik kau!

 Kasut dilempar tadi tepat mengena keperut Imran. “AUW! Imran terjerit. Sakit bapak kau. Boleh tahan jugak si makcik ni. “Woi, makcik kalau iapun nak main selipar tiga tunggu petanglah. Haish, ape kelas ni?”

Dua orang makcik-makcik yang lalu lalang di sekitar rumah opah itu hanya melihat. Wayang free lah katakan.

 “Astaghafirullahalazim! Imran! Wani! Berhenti!” marah Datin Adibah. “tak malu ke orang tengok? Asyik gaduh je. Ingat sikit, kamu ni tak lama kahwin.”

Wani julingkan mata.”Mak Long, anak Mak Long tadi kena saman. Trafik cakap anak Mak Long tak pandai bawak kereta . Mak Long tau tak, tadi pakcik ni nyaris-nyaris lagi hampir dapat langgar anak orang. Nasib Wani sempat tekan brek.”

Terasa jantung jatuh ketanah. “Weh kalau nak menipu agak-agaklah. Aku lempar kau kang baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah.” Imran menyuakan kasut yang tadi dilempar oleh Wani.

 Datin Zainab dan Datin Adibah diam tak terkata.

Rabu, 17 September 2014

1 -WCK- BAB 1




1- Syarikat Dato' Adam dibawah jagaan Imran Naufal.
2- 50% harta Dato' Adam diserahkan kepada anak sulung iaitu Dato' Zahid manakala 50% lagi diserahkan pada anak bongso iaitu Dato' Zahmer.

   Semua ahli keluarga itu hanya tekun mendengar. Dato' Zahid dan adiknya Dato' Zahmer hanya mampu menunduk. Terasa sayu kehilangan seorang ayah tersayang. Dulu, arwah ibu mereka dahulu pergi dan sekarang ayah pula. Memang payah bergelar seorang anak yatim piatu.

"Tu je ke wasiat dia? Takde lain?" soal Dato' Zahid tiba-tiba.

"Aah, ada satu..." Jawab peguam peribadi Dato' Adam.

"Apa dia?" soal Dato' Zahmer pula.

  Peguam peribadi Dato' Adam memandang kearah Imran Naufal dan Nur Syazwani. Kedua-dua sepupu itu angkat kening. 'lu pehal mamat pandang-pandang orang ni?' bisik hati Imran.

  Peguam peribadi itu memandang kembali ke fail yang berada ditangannya.

Dato' Zahid dan adiknya Dato' Zahmer saling berpandangan.

'Zahid, abah nak anak korang berdua bersatu. Abah bukan apa, abah cuma tak nak dorang dua terus-terusan bergaduh macam kucing dengan tikus. Abah sayang kat cucu abah tu. Dorang dualah satu-satunya cucu abah. Zahmer, ikut cakap abah ye...'

 Terngiang kembali suara arwah Dato' Adam. Kedua-dua beradik itu tersenyum pahit dan mengangguk sesama sendiri. Penuh makna!

"Imran Naufal harus menghawini Nur Syazwani. Sepupunya."

WINK! WINK!

Semua terkaku, cuma papa dan pak long je nampak tenang. Kejap, aku kena kahwin dengan pakcik ni? Terasa batu menghempap keatas kelapa, ulang sekali lagi, Kepala! Ya Allah, katakan ini semua mimpi.

  Imran terasa ingin pitam. Ya Allah, apakah? dah elok bebenor arwah atok bagi syarikat kat aku ni bagi dajal pulak?

  Datin Zainab dan besannya Datin Adibah tiba-tiba tersenyum nipis.

"ma...ma? Wani tak pekak lagi kan?"
tu soalan bonus namanya.Lantak, janji aku nak tahu aku ni pekak ke tak.

"Alahai, pekak amendanya. Betullah tu."

Dato' Zahid dan Dato' Zahmer tersenyum. Seketika terlupa sedikit tentang kematian ayah mereka.

Imran tak berkelip memandang ayah dan pak ngahnya silih berganti. Macam tak percaya.

                                  ****************

"Ibu, ayah apa ni? takkan Ran nak kahwin dengan makcik ni? kan sepupu,, mana boleh kahwin" Imran duduk disebelah ayahnya. Sempat juga dia melihat sekilas sepupu aka musuhnya . Eii, tau makcik ni...

Kau tengok pehal? Elleh, macam je kita nak kahwin sangat dengan dia. "Mama, Wani taknak mama. Taknak, taknak..." Aku goncang tangaan si mama. Kot-kot rayuan aku ni diterima kan? Walaupun dalam Mahkamah ini, sebarang rayuan tak diterima.

  Datin Adibah mengenjut bahu.Kesian juga dengan anaknya. Muda lagi dah nak kahwin dah tu dengan musuh sendiri pulak tu. Tapi, jauh disudut hatinya yang dia senang dengan wasiat peninggalan ayah mertuanya ini.

"Imran, Wani. Ayah dan pak ngah kamu ni tak tahu apa-apa, lebih-lebih lagi tentang wasiat yang ni. Namun apakan daya. Dah wasiat, kita kena tunaikan jugak."
tak tahu apa-apa? takpe, bohong sunat.

 Imran mengeluh. Dia menyandarkan tubuhnya ke sofa bersaiz besar itu. Buntu sangat-sangat!

Alahai, aku nak nangis ni weh. "Mama, if you all nak jugak Wani dan pakcik ni bersatu padu membentuk rakyat porak peranda maka ada satu syarat."

  Tiba -tiba semua senyap. Semua memandang kearah Wani. Err, kenapa ni? aku ada salah cakap ke? takpe, persetankan je.

  Imran ketawa dalam hati. bersatu padu membentuk rakyat porak peranda? Makcik... makcik,

"Wani kena lari rumah dulu." And finally, terkeluar juga hajat sebenar aku.

Imran membesarkan matanya. "Are you crazy, makcik?"

Hek elleh, aku tumbuk kau kang, ada hati dan perasaan nak cakap aku gila. "Kau siapa nak cakap aku gila? Suka hatilah."

Baru saja Imran ingin menjawab tiba-tiba Pak ngahnya memotong.

"Ok, ok. Sekarang Wani sayang syarat tu tak boleh guna. Tu dikhaskan je untuk orang gila. Dan sekarang jugak, papa putuskan yang korang berdua wajib berkahwin. Dalam masa terdekat ni."

Choi, syarat aku tak diterima? Hampeh!

"Ayah, Ran tak nak."

"Imran."

Imran mengeluh.

"Esok, kita balik rumah Opah kat kampung. kita buat kenduri arwah atok kamu."

Yeha! Balik kampung!

0 Senarai Bab

SINOPSIS

BAB 1 
BAB 2 
BAB 3

0 SINOPSIS


   

        Imran Naufal. Lelaki kacak, handsome. kacak dan handsome sama je kan? Takpe. Dia yang buat aku gila. Dia yang buat aku jadi macam orang angau. Tapi aku kesian kat diri aku. Dia sayang aku ke? Dia cinta aku ke? Ah! Persetankan. Aku pun tak suka dia. Mungkin hal kat kampung tu yang membuatkan kami musuh. Apa pun yang penting dia handsome.

     Nur Syazwani. Perempuan yang sengal yang membuatkan hati lelaki aku bagai nak pecah. Geram kemain aku dengan dia. Asyik menyusahkan aku. Kenapa aku yang handsome ni jadi sepupu dia hah? Nasib kau comel Wani…

     Dato’ Zahid dan adiknya Dato’ Zahmeer dua beradik yang mempunyai seorang anak. Satu perempuan dan satu lagi lelaki. Anak mereka sentiasa bergaduh. Namun apabila ayah kesayangan dua beradik ini meninggal kan dunia, satu wasiat telah ditulis.

Wasiat yang mengubah hidup Nur Syazwani dan Imran Naufal!
Wasiat yang membuatkan hidup dua sepupu itu porak peranda!
Wasiat yang ditulis dengan penuh pergaduhan!
Dan dengan wasiat tu, cerita ini tertulis…

Lye Wafieyah

Sabtu, 13 September 2014

0 Aku, Kau dan Dia. Cewah!


Alhamdullilah bersyukur kita kehadrat Ilahi

Akhirnya ujian PISA dah habie doh. Apa tu? Klik SINI.

Dah tau kan? Ok. Btw aku nak bagitau soalan dia susah gila bapak kau. Putar belit punya soalan. Mujur aku xde penyakit sawan. Kalau tadi ada, dah lama aku kena sawan kat meja aku tu.

Apa2 pun janji dah siap. Bla bla bla bla.


Ya Allah, jeleknya rupa mereka ini.Kenapa budak bertiga ni? Menyibok je. *aku lempang mulut kau kang. Budak bertiga ni kawan aku. Eh salah, budak berdua je sebab yang sorang tu saya. Harap Maklum ye!

Sebenarnya cenggini, tu hari time masa BM ponteng kami kau tau. Entah kena rasuk dengan setan ape entah aku pun tak tahu. Mungkin setan dari Bangladesh kot. Oh la la di da merapuh -_-

Ok, straight to the point okey, pasai kami bertiga asyik dok ponteng ni sebenarnya kami ceghita tentang tentang tentang ini kisah tentang bulan bulan bintang jadi kawan begitulah persahabat yang cuba kami eratkan. Merdu x? bolehlah

Kami ponteng sebab bosan duk kelas weh, memang ajab.

Dan peleraiannya, kami terkena jugak bebelan dari cikgu kesayangan sebab x siapkan kerja dia. Ha amik kau situ, gedik sangat nak ponteng kan? Rasakan!

Ok tu je untuk hari ni, aku tau aku banyak merapuh dengan cerita dongeng aku ni tapi ada ku kisah?

bai, assalamualaikum

Jumaat, 5 September 2014

0 Budak Pandai Macam Aku!

Aku ini seorang budak pandai konon, kononnya lah. kau tau, aku dapat nombor berapa kat dalam kelas? tak payah lah kau nak tau. nak tau jugak? x payah :)
bla bla bla bla so bosan time cuti-ii cenggini. entah nak buat apa -_- so terjah belog lah jawabnya . nak buat apa kat blog ni? bla bla bla..
aku nak share sikit pasai nak jadi budak pandai like aku gitu. Ahaks!
ok, first sekali...  

  • tengah malam jam 12 gitu korang amik laptop korang pastu online. 
  •  pabila pergi ke sekolah, sila melepak dulu agar tak selamat dunia akhirat 
  • bila  ada homework korang tak payah siapkn and yang dapat bala' nya tu not me but korang bla bla 
  •  sekian kalinya, bila exam datang menjelma tolonglah jangan ulangkaji.
  • bila mak ayah suruh ulangkaji, haruslah dituruti kan? so, amiklah buku, bukalah buku itu. tapi, jangan baca. tengok and belek jek
AMARAN KERAS!
Sila jangan ikut step-step di atas! kalau nak ikut jugak lantak kau. ok baii ..
INI BELOG SAYA! SILA JANGAN COPY CAT CAT KUCING KUCING KERANA ANDA MUNGKIN DIDAKWA DIBAWAH AKTA 1990