untuk manusia, ALLAH tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Remember That!
Dunia Imaginasi si Kecik ... 。◕‿◕。 : WCK -BAB 2-
“Life is like a wheel, sometimes you will be on the top, sometimes you will be at the bottom. It is not important when we become on the top or at the bottom. But the most important is syukur when success and shabar when fail.”
Lye Wafieyah. SEPT 2014

Ahad, 28 September 2014

0 WCK -BAB 2-

Arwah atok punya mama yang tinggal di kampung. Opah. Ha, tu nama aku panggil. Umur opah dah hampir tujuh puluh. Panjang bebenor umur opah. Yang sedihnya arwah atok dulu pergi sebelum opah. Kesian kat opah. Mesti sedih kena tinggal oleh anaknya, Arwah Dato' Adam.

 Imran ketap gigi. Ada ke patut aku tunggu dia lebih dari satu jam? Memang tak patut langsung! Budak ini harus diajar. “Woii makcik sengal sewel gila, kau buat apa kat bilik tu lama-lama? Kau keluar sekarang.”

Jeritan Imran dari luar mematikan lamunan Wani. Ei tau pakcik ni, mulut tak pernahnya elok! Kaki yang terasa berat untuk melangkah itu digagahkan jua untuk melangkah. Kata orang, Kerana terpaksa aku relakan. Takpe, takpe.

Pintu dibuka. “Ape?” Rengus Wani geram.

Imran membesarkan matanya. “Ape kau cakap? Kau tau tak…”

“dah, dah. Aku tahu apa kau cakap. Sekarang, Mama papa semua mana?”

 “dah gerak tadi.” Ujar Imran yang ringkas, padat dan selamat.

 Wani menjulingkan matanya. “Dah gerak kan? So, yang pakcik menjerit melalak-lalak macam orang gila kat luar bilik aku ni pehal?”

 Terasa telinga Imran sudah keluar asap merah kat telinga.Baru saja Imran ingin membalas Wani terus bersuara.

 “Jap, dah gerak? Gerak tu ke?” Wani memandang Imran tak berkelip.

 Imran angkat kening sebelah. Dia tersengih. Dasar, minah nyanyuk!

“ha.. habis Wani nak ikut sape?”

 “kejap lagi, Mandat daripada Bentara Orang Besar Delapan Hilir Perak datang menjemput.” Ujar Imran selamba.

Wani kerut dahi. Ape tu?

“Ei kau ni makcik, sudahlah sengal, sewel lagi tu .Ikut akulah sengal.”

Terasa rahang jatuh kedasar perut. Ikut pakcik ni? Memang tak arh. “Taknak ikut…”

Imran mengganguk. “Ha eloklah tu. kau jalan kaki je…” Imran berpaling dan menuju ketingkat bawah. 

                              *******************

 “Kata tadi taknak ikut.” Enjin kereta Honda CRVnya dihidupkan.

 Wani menjeling Imran yang berada disebelahnya. “Diamlah.”

 Senyuman tipis terukir dibibir Imran."OK"

                             *******************

 "takpe ke kita biar si Wani tu tumpang kat si Imran tu? kang si Imran tu tinggalkan budak Wani tu payah nanti”

Dato’ Zahid memandang isterinya. Seketika dia tersenyum. “Takpe, awak tak payah risau. Ran tak berani punya.”

 “Abang jangan main cakap je. Anak abang si Imran tu penjahat Malaysia.”

“Ya Allah awak ni, ada ke patut cakapkan anak sendiri penjahat.” Datin Zainab menjeling suaminya. Dia kembali senyap.

                               *******************

Kereta dihadapan di potong dari belakang. Imran senyum mengejek. Apelah bawak kereta lembap macam kura-kura. Kereta dilajukan lagi

 Wani ketap gigi. “Imran Naufal!”

 Imran angkat kening. Dia memandang Wani sekilas. “Ya Allah apenya jerit-jerit ni? Aku ada kat sebelah kau ni. Aku tak pekak lagi kau tau.”

“I know that! Tapi, boleh tak bawak kereta tu perlahan sikit?” ujar Wani dengan nada rendah. Hanya Allah saja yang tahu betapa dia ingin meluku-luku lelaki disebelahnya ni. Imran terketawa.

"Oh bawak kereta perlahan ea? Assal tak bagitahu dari tadi?” Dia menegakkan badannya. Pedal kereta dipegang.

 VROMM!! Kereta semakin laju. Imran sudah ketawa namun ditahan sedaya upaya.

 “Hoii pakcik sengal! Kenapa semakin besar semakin bodoh ni? Kalau ia pun nak mati awal, janganlah nak ajak aku sekali.”

 “Ek elleh, siapa ajak kau makcik? Ya Allah perasannya minah sorang ni. Dah kau yang ikut, aku bawak jelah. So sekarang, kau senyap je. Duduk diam-diam!”

Wani Tarik nafas. Lama dia pandang Imran disebelahnya. Imran memandang sekilas kearah Wani.

"Kau tengok pehal? Kau sabar, kau jangan makan aku. Kat kampung banyak lagi makanan.”

Kau tunggu jelah pakcik, kau sabar je!

                            *******************

UWIEK!

Wani duduk berhampiran dengan sebuah rumah yang bercat berwarna coklat. Rumah opah! Imran yang berada dalam kereta telan liur. Mampus aku kena bebel nanti. Redha jelah, dah kau buat dajjal.

“Astaghafirullahalazim!!! Wani, kenapa ni?” Datin Zainab dan Datin Adibah laju menuruni tangga. Imran mengeluh. Bala dah mai…

Datin Adibah menyapu-nyapu belakang anaknya. “Ya Allah, Ran! Kau dah buat apa kat sepupu kau ni hah?”

 Imran garu-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Nak jawab apa? “Ni hah bu, mak ngah. Tadi Wani teringin sangat nak makan ayam bakar. Ran ikutkan jelah. Habis tiga piring dibuatnya. Sebab tulah muntah-muntah tu hah,” Ini semua tipu! Takpe sunat kan? Imran keluar dari perut keretanya.

Wani ketap gigi. Dasar, penipu bersiri! Dia menunduk mencari-cari sesuatu buat bahan lemparan. Seketika dia tersenyum. Kau tunggulah pakcik. Wani bangun. Dia mengambil kasut dikakinya lalu dilempar kearah Imran. Amik kau!

 Kasut dilempar tadi tepat mengena keperut Imran. “AUW! Imran terjerit. Sakit bapak kau. Boleh tahan jugak si makcik ni. “Woi, makcik kalau iapun nak main selipar tiga tunggu petanglah. Haish, ape kelas ni?”

Dua orang makcik-makcik yang lalu lalang di sekitar rumah opah itu hanya melihat. Wayang free lah katakan.

 “Astaghafirullahalazim! Imran! Wani! Berhenti!” marah Datin Adibah. “tak malu ke orang tengok? Asyik gaduh je. Ingat sikit, kamu ni tak lama kahwin.”

Wani julingkan mata.”Mak Long, anak Mak Long tadi kena saman. Trafik cakap anak Mak Long tak pandai bawak kereta . Mak Long tau tak, tadi pakcik ni nyaris-nyaris lagi hampir dapat langgar anak orang. Nasib Wani sempat tekan brek.”

Terasa jantung jatuh ketanah. “Weh kalau nak menipu agak-agaklah. Aku lempar kau kang baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah.” Imran menyuakan kasut yang tadi dilempar oleh Wani.

 Datin Zainab dan Datin Adibah diam tak terkata.

Tiada ulasan:

INI BELOG SAYA! SILA JANGAN COPY CAT CAT KUCING KUCING KERANA ANDA MUNGKIN DIDAKWA DIBAWAH AKTA 1990