untuk manusia, ALLAH tidak pernah memberi kisah yang sia-sia. Remember That!
Dunia Imaginasi si Kecik ... 。◕‿◕。 : WCK -BAB 3-
“Life is like a wheel, sometimes you will be on the top, sometimes you will be at the bottom. It is not important when we become on the top or at the bottom. But the most important is syukur when success and shabar when fail.”
Lye Wafieyah. SEPT 2014

Sabtu, 4 Oktober 2014

0 WCK -BAB 3-

Kenduri berjalan lancar selancar-lancarnya. Pukul lapan mula dan habis pukul sepuluh. Memang Opah lah orang yang tersedih dunia masa ni. Apa taknya, anak dah tiada. Kalau mama dah takde entah apa lah kan nasib aku?



‘Astaghafirullahalazim.’ Pantas Wani beristigfhar. Tidak mahu membayangkan apa yang dicakapnya tadi.



Wani memandang keliling ruang rumah itu. Kosong pulak? Mana semua orang pergi ni? Opah jek kat sini.



“Opah, nak Wani picit ke? Bosanlah, takde menda nak buat.”



Opah memandang kearah cicitnya. Senyuman terukir di bibir tuanya. “Takpe sayang. Opah tak sakit lagi. Ni hah, kalau bosan sangat cuba bawa cerita sikit dengan Imran tu hah. Taklah bosan sangat.”



Wani senyum. Opah ni, macam kenakan aku jek. Takpe, takpe. “Ok…” dia mengambil air teh dihadapannnya. Tak bosan kalau cerita dengan Imran? Memang tak bosan opah, tapi tu namanya tempah maut awal-awal lagi.



“Eh, bakal tunang kamu mana?”



HUSH! Air yang dihirup tadi terkeluar tersembur. Bakal tunang pulak? Biasa cakap sepupu jek.



 Alahai opah, habis ni mesti suami punya.



 Wani senyum tawar. Dia enjut bahu. Mungkin ada lepak dengan setan-setan kat hutan sana tu opah. Wanita yang sudah tua itu tersenyum manis.



Tiba-tiba Dato’ Zahid dan Dato’ Zahmer muncul dihadapan pintu. “Ah, kamu dua, meh duk kat sini kejap. Nenek nak cakap sesuatu ni.”



 Kedua beradik itu menuju kearah nenek mereka.



“Hmm, ada apa nek?” soal Dato’ Zahmer. Dia memandang sekilas kearah anaknya.



 “Ni hah, kamu berdua bila nak kahwinkan cicit-cicit nenek ni? Nenek teringin nak tengok cicit nenek ni naik pelamin.”



Wani telan liur. Opah aku ni dah kenapanya?



Dato’ Zahid tersenyum. “InsyaAllah, minggu depan nek.”



WINK! WINK!



 Imran yang baru saja ingin melangkah ke dalam rumah itu serta-merta langkahnya terhenti. Minggu depan?!





                **********



Wani berdiri dihadapan rumah opahnya dan menghadap ke taman-taman kecil dihadapan rumah itu. Suasana kampung memang mendamaikan. Lebih-lebih lagi sekarang sudah dekat pukul dua belas. Memang indah suasana di sini. Nasib kau takde hantu. Sebut pasal hantu ni, tiba-tiba Wani terperasan ada sesuatu dibelakangnya. Dia telan liur. Rumah opah ada hantu ke? Teringat kembali filem senja yang ditontonnya dengan Ain sebulan yang lalu.



 Ya Allah, selamatkanlah aku. Perlahan-lahan dia menoleh kebelakangnya.



“Hah!”

“Mak!!!”



Wani terduduk, Imran sudah ketawa terbahak-bahak.



 “Woii, ape ni. Sakit lah…” wani menyapu-nyapu belakang punggungnya. Ya Allah baru kena terkejut sikiit dah terus jatuh ke? Terserlah kepenakutannya di situ. Ape der..



 Imran duduk mencangkung dihadapan Wani dengn sisa ketawanya. Dia menggeleng. “Wani, Wani. Apalah kau ni. Penakut ya amat. Dah lah, aku nak jalan jumpa Fadhil. Kawan lama kita.”



 “Merempit ea?”

 “Aku tumbuk kau…”



 “Ape bising-bising tu Wani, Imran?” jerit Datin Adibah dari dalam rumah.



 Kedua sepupu itu memandang sesama sendiri. Wani angkat kening dan senyum. “Takde ma, Cuma Imran nak merem…”



Imran menekup mulut Wani. Dasar mulut mak joyah betol. Asyik nak mereport, report, report, report. Takde kerja lain. Imran memandang kedalam rumah Opah. Senyap. Dah tidur kot mak ngah ni.



 Wani terjerit-jerit minta dilepaskan. Imran memandang sepupunya. “Eh, kau ni makcik, kalau tak mereport dalam sehari tu memang mustahilkan.”



Wani menolak tangan Imran. “Lepaslah. Haish, suka hatilah. Mulut aku.”



 Imran membesarkan matanya. “Suka hati? Eh, assal tak bagitahu kat Dato’ Najib Bin Haji Razak je yang aku ni merempit hah?”



 Wani menjulingkan matanya. “Eh, assal tak bagitahu kat Dato’ Najib Bin Haji Razak je yang aku ni merempit hah?” Wani mengajuk mengejek rendah sambal turut berdiri. “Sekali ku bagtahu kat polis confirm melutut macam orang gila kat depan aku.” Gumamnya rendah.



 “Ape? Kau cakap balik.” Imran turut sama berdiri.



 “Taknak!”

“Cakap!”

“Taknak!”

 “Eii, aku cekik lah kau ni makcik..”



Wani senyum nipis. “Tepilah, Puteri nak lalu.”



Imran mecebik. Puteri konon, ya, Puteri Katak. “Taknak ikut dengan aku merempit?”



 “Taknak ikut dengan aku merempit?” sekali lagi Wani mengajuk megejek. Tanpa memandang Imran, dia berlalu menuju ketangga. Masa untuk tidur!



 Imran tersenyum lalu menggeleng. “Haish, Wani. Macam manalah aku tak usik kau kalau perangai kau tu buat aku senyum meleret tiap hari. Haila…”



Imran menuju kearah RXZnya. Motor dah berkarat. Hadiah dari awah atok. Kereta Honda aku yang cantik yang comel, kau rehat lah bebanyak. Malam ni aku guna motor aku. Imran mengambil helmetnya. Tiba-tiba dia tersenyum. Merempit? Wani, Wani…ade ke patut CEO Naufal Holdings merempit? Memang tak patut.



Baru saja ingin menaiki RXZ nya itu terasa ada sesuatu dibelakangnya. Sesuatu yang tak dapat dikenal pasti. Imran kerut dahi. Takkan si makcik tu, dia kan dah naik tadi? Tiba-tiba tangan Imran sejuk. Dia telan liur. Perlahan-lahan dia menoleh kebelakang.



Mata dibesarkan. Macam tak percaya. Rambut panjang, Muka putih, Baju putih. Tak lain tak bukan. Hantu? Terasa lutut lemah melihat lembaga yang entah datang dari planet mana itu.



Pengsan!



 p/s : klau ad salah ejaan atau ape2 jek, mohon komen ye. Saya budak baru. Cewah btw, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ye :)

Tiada ulasan:

INI BELOG SAYA! SILA JANGAN COPY CAT CAT KUCING KUCING KERANA ANDA MUNGKIN DIDAKWA DIBAWAH AKTA 1990